- Seperti
yang diperuntukkan di dalam Akta Perancangan Bandar Dan Desa, 2015 di bawah Bab
58(1);- Autoriti Perancang boleh, atas budi bicaranya, mengkompaun sebarang kesalahan di bawah Perintah ini yang ditetapkan sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun dengan memungut daripada orang yang disyaki dengan munasabah telah melakukan kesalahan itu suatu jumlah wang tidak melebihi $500
- Proses
Kompaun adalah seperti di dalam rajah berikut;
PERINGATAN
1.Sekiranya Kompaun gagal dibayar setelah tempoh yang diberikan, pihak Jabatan berhak untuk membawa perkara ke Mahkamah
2.Sekiranya kesalahan tidak diselaraskan, pihak Jabatan berhak mengeluarkan kompaun seterusnya ataupun membawa perkara ke Mahkamah
3.Sebarang rayuan hendaklah dihadapkan di dalam masa 7 hari setelah Notis Kompaun dikeluarkan
4.Pembayaran bolehlah dilakukan di kaunter pembayaran JPBD
Back